Tuesday, 7 January 2014

IDOLA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang 

Subhanallah . Insan Terhebat lagi Terulung dalam sejarah Islam . Muhammad SAW . Tiada kata asing lagi bagi umat Islam terhadap nama ini . Insan yang terpilih . Di awa usianya 5tahun , dadanya dibelah oleh dua malaikat , bagi mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di hatinya . Allahuakbar . Pelbagai musibah menimpa sejak baginda kecil , hidup sebagai anak yatim piatu . Namun itu semua tidak mematahkan semangatnya . Pada usia 40 tahun baginda menerima wahyu di Gua Hira' sebagai perlantikan Rasul dan Nabi di akhir zaman . Baginda menyebarkan dakwah serta agama Islam bersama sahabat-sahabat baginda . Walau dicerca , dihina namun semangat yang ada dalam diri baginda tidak pernah mematahkan semangatnya utk terus berjuang di jalan Allah . Beliau juga merupakan seorang insan yang dijanjikan syurga oleh Allah . Pelbagai kisah perjuangan Nabi yang dapat dijadikan iktibar dan semangat buat umat islam zaman ini bagi menegakkan syiar Islam . Kenali Nabi Muhammad SAW secara lahiriah . Begitu indahnya sifat fizikal Baginda , sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bertemu Baginda lantas meafazkan keislaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan baginda . Subahanallah , Alhamdulillah , Allahuakbar . Inikan pula kita manusia di akghir zaman . Apa ada peluang kita bertemunya ? Sungguh aku rindukan Muhammad . Kekasih Allah . 
Sabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yang menghidupkan sunnahku , maka sesungguhnya dia telah mencintaiku . Dan sesiapa yang telah mencintaiku maka nescaya dia bersama-samaku di syurga ." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas)

No comments:

Post a Comment